Connect with:




Nasib penyerang Manchester United, Zlantan Ibramhimovic kini menjadi tanda tanya sama ada beliau akan kekal hingga hujung musim atau akan pergi angkat kaki ke kelab baru.

Kelab paling hampir beliau akan menyertai adalah Liga Bolasepak Major Amerika (MLS) untuk beliau menyambung karier bola sepaknya.

Sejak kebelakangan ini, desas desus kuat menyatakan bahawa beliau akan di jual dan pengurus Man. United, Jose Mourinho sendiri berkata bahawa beliau sedia melepaskan penyerang ini jika beliau ingin pergi.

Zlantan yang dari PSG ke Man. United bergelut mencari prestasi terbaiknya selepas tercedera perlawanan Liga Europa bertemu Anderlecht. Apatah lagi kini kehadiran Alex Sanchex sudah tentu sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada beliau.

Untuk rekod, beliau antara penyerang utama Man United ketika mula-mula menyertai kelab ini hingga menjadi nadi utama untuk beberapa kejayaan seperti memenangi kejuaran Liga Europa, Piala Liga dan, Piala Community Shield.

Foto Kredit : telegraph.co.uk.