Media England semalam kecoh dengan berita mengaitkan isteri dua bekas pemain England iaitu Colleen Rooney dan Rebekah Vardy.
Colleen, isteri kepada Wayne Rooney menerusi akaun twitternya telah mendedahkan Rebecah iaitu isteri Jamie Vardy menjadi individu yang sering membocorkan rahsia kepada media.
Colleen turut mendedahkan bagaimana dia berjaya membongkarkan perbuatan Rebecah itu dimana dia sengaja merekacipta instastory palsu yang hanya boleh diakses satu akaun sahaja iaitu akaun Rebecah.
This has been a burden in my life for a few years now and finally I have got to the bottom of it…… pic.twitter.com/0YqJAoXuK1
— Coleen Rooney (@ColeenRoo) October 9, 2019
Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan oleh Rebekah yang mendakwa akaunnya sebenar boleh diakses oleh ramai individu lain dan dia bukanlah orang yang didakwa membocorkan maklumat kepada media.
@ColeenRoo pic.twitter.com/VkhkkIa6nh
— Rebekah Vardy (@RebekahVardy) October 9, 2019
Colleen sebelum ini mendakwa terdapat individu yang telah memberi maklumat palsu kepada akhbar The Sun berkenaan kehidupannya.
Setakat ini tiada komen dari suami kepada kedua-dua wanita ini. Rooney dan Vardy pernah beraksi bersama-sama dengan England dalam kempen Kejuaraan EURO 2016.
Isu ini turut menjadi bahan jenaka oleh beberapa kelab Eropah antaranya Borussia Dortmund, AS Roma dan Zenith St Petersburg.
https://t.co/7dn6iqFw1v pic.twitter.com/bEx9sT9Jem
— AS Roma English (@ASRomaEN) October 9, 2019
This has been a burden in our life for almost a year now and finally we have got to the bottom of it…… pic.twitter.com/kIumLTNafl
— Borussia Dortmund (@BlackYellow) October 9, 2019
Good job Rebekah Vardy doesn't follow us, wouldn't want The Sun writing more stories about us would we 🙄 pic.twitter.com/8J4kOnQ38b
— FC Zenit in English🌊 (@fczenit_en) October 9, 2019