Seorang perenang Australia, Australian George Corones yang akan menyambut ulang tahun ke-100 bulan depan, mencatatkan masa yang amat baik dalam rekod dunia gaya bebas 50m bagi kelompok umurnya pada pada acara percubaan rasmi di Queensland minggu ini.

Beliau yang berusia 99 tahun itu, merupakan satu-satunya pesaing dalam kategori 100-104 tahun men’s master dan menetapkan masa selama 56.12 saat kolam Pusat Akuatik Gold Coast yang akan menjadi tuan rumah bagi sukan renang di Sukan Koamnwel 14 dan 15 April ini.

Terdahulu, pemain Britain, John Harrison telah mencatatkan rekod selamat satu minit 31.19 saat pada tahun 2014 dan rekod itu dipecahkan oleh Corones sebelum perlumbaan percubaan bermula.

Corones memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia pada tahun 2013 bahawa dia berenang sebagai anak muda sebelum Perang Dunia Kedua dan kembali ke sukan renang pada usia 80 tahun.

“Saya mula berenang semula untuk bersenam,” katanya.