Kecederaan pemain akibat perlawanan final Piala Malaysia 2017 pada Sabtu lalu, merungsingkan jurulatih skuad kebangsaan,Nelo Vingada menjelang siri kelayakan Piala Asia 2019.

Malaysia akan menentang Korea Utara pada 10 Nov dan perlawanan timbal balik pada 13 Nov.

Darren Lok dari Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Baddrol Bakhtiar (Kedah) yang mengalami kecederaan diisi oleh dua pemain muda Perak, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri dan Muhammad Hadin Azman dari Felda United.

Ahmad Khairil, atau Beto, 22, dan Hadin, 23,ditugaskan dalam perlawanan yang berlangsung Stadium I-Mobile, Thailand.

Malaysia kini menduduki tangga terbawah kumpulan B selepas seri menentang Hong Kong,dan tewas pada perlawanan timbal balik serta Lubnan.

 

Senarai 23 pemain:

Safiq Rahim, Ahmad Hazwan Bakri, Nazmi Faiz Mansor, Safawi Rasid, Fadhli Shas, Fazly Mazlan, Izham Tarmizi Roslan, Afiq Fazail, S. Kunanlan dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham kesemuanya dari JDT, serta Kiko Insa dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang).

Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrom Abdul Kalam, Nazirul Naim Che Hashim, Amirul Azhan Aznan, Ahmad Khairil Anuar Zamri (semua dari Perak), Syafiq Ahmad (Kedah), Khairulazhan Khalid, Adam Nor Azlin (Selangor), Wan Zack Haikal Wan Nor Muhammad, Hadin Azman (Felda United) dan Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang). – Bernama

 

Sukan bola sepak di Malaysia kini kian berkembang dengan munculnya atlet-atlet muda yang berkebolehan dalam membawa Malaysia ke peringkat seterusnya.

Beberapa pemain yang dianggap mempunyai masa depan yang cerah dalam sukan ini :

Skuad pemain muda negara. Foto Kredit : Facebook (Skuad Bola Sepak Malaysia Sukan Sea 2017)

Dua penyerang merbahaya Malaysia

Safawi Rasid (20)

Watak penting dalam setiap serangan Malaysia, Muhd Safawi Rasid mula mengorak langkah dalam membantu Malaysia dalam memburu piala untuk Malaysia. Bakat muda yang bermain dalam skuad bawah 22 (B-22) negara ini mampu memberi saingan buat pasukan lawan.

Thanabalan Nadarajah (22)

Pemain yang kian meningkat dan disebut ramai ini merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan. Kehebatan pemain Felcra Untied ini terbukti apabila dia membantu Malaysia dalam Sukan Sea lepas ke perlawanan akhir menentang Thailand. Kehebatannya juga kini menjadi buruan kelab-kelab luar yang dahagakan penyerang berbisa seperti beliau.

 Nor Azam Azih (22) – Pemain Tengah

Jentera penting buat skuad negara dalam memperoleh rentak taktikal dalam padang. Tubuh kecil namun mempunyai jiwa besar dalam permainannya menjadikannya seorang pemain yang berkebolehan dalam mencipta ruang jaringan buat skuad negara. Azam yang bermain sebagai attacking midfielder merupakan pemain penting buat Pahang FA dan Malaysia.

Mattew Davies (22) – Bek Sayap

Edisi Sukan Sea 2017 menyaksikan pembabitan anak muda berdarah kacukan Australia-Malaysia yang kian menyinar dalam arena sukan bola sepak Malaysia. Matt Davies memulakan kariernya di Perth Glory dan kini menjadi pemain professional di Pahang FA. Bakat muda yang perlu digilap dan dilatih agar mampu membawa nama Malaysia ke persada dunia.

Adam Nor Azlin (21) – Bek Tengah

Pemain yang serba boleh mampu menjanjikan kelainan yang positif buat kumpulan. Inilah yang dapat diungkapkan buat pemain muda ini. Tidak semua pemain boleh beraksi dengan baik jika diletakkan di posisi yang berlainan daripada posisi asal. Namun itu bukan menjadi masalah buat pemain Selangor ini. Komitmen yang diberi ketika Sukan Sea 2017 telah membuktikannya seorang pemain yang berkebolehan. Dari penyerang ke barisan pertahanan, percaturan yang amat positif dalam menguji bakat muda negara.

Haziq Nazli (19) – Penjaga Gol

Di usia muda, Haziq ditugaskan dalam menjadi penjaga gol skuaad Harimau Muda yang mungkin akan menjadi penjaga gol skuad kebangsaan negara. Berusia 19 tahun yang kini bermain untuk pasukan JDT mampu mengilap kebolehan anak muda ini disamping berlatih bersama penjaga gol skuad kebangsaan yang lain.

 

Foto Kredit : Asiana.my