Connect with:




FA England mengesahkan bahawa kad kuning dan merah akan dikeluarkan kepada pengurus dan jurulatih yang melakukan kesilapan di kawasan pemain simpanan pada musim ini.

Bagi Liga Perdana Inggeris (EPL), mereka akan menerima amaran lisan untuk “tingkah laku tidak bertanggungjawab” sama seperti musim lepas.

Manakala, dalam Piala FA,  Liga Bola Sepak, Piala EFL, Piala EFL dan Liga Kebangsaan, mereka akan mula menerima kad tersebut.

Sekiranya mereka banyak menerima amaran, ianya turut membawa kepada penggantungan perlawanan seperti contoh 4 kad kuning akan digantung 1 perlawanan dan seterusnya.

Sebelum ini, pegawai perlawanan hanya mempunyai kuasa untuk memberi amaran kepada pegawai sebelum mengeluarkan mereka ke tempat lain jika berlaku insiden yang lebih serius.

Kad boleh dikeluarkan untuk pelbagaisalah laku termasuk bahasa atau isyarat yang tidak sesuai ke arah pegawai perlawanan, menendang atau membaling botol air, memerli dengan cara bertepuk tangan dan sebagainya.

Musim ini juga akan menyaksikan kad-kad yang dikenakan diatas pemain tidak akan terkesan keatas kejohanan yang lain dan hanya kejohanan yang disabitkan kesalahan sahaja.

Foto Kredit: Pulse