Connect with:




Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan memperkenalkan peraturan baharu bagi membendung gejala mengatur perlawanan daripada menular dalam kalangan pemain di negara ini.

Ahli Mahlis BAM, Jadadish Chandra memberithu, pihaknya akan mengemukakan peraturan baharu itu kepada badan induk sukan badminton untuk diguna pakai di peringkat kebangsaan.

Katanya, kesalahan mengatur perlawanan itu melibatkan jumlah wang yang besar selain akan menjejaskan sukan badminton pada masa akan datang.

Beliau memberitahu, peraturan baharu yang akan diperkenalkan itu akan merangkumi proses undang-undang yang sama di peringkat antarabangsa.

“BWF (Persatuan Badminton Dunia) memilki peraturan ini di peringkat antarabangsa, jadi kami akan mengemukakan cadangan ini untuk peringkat kebangsaan dan ia akan dinilai oleh Jawatankuasa Peraturan dan Disiplin.

“Peraturan seperti ini perlu wujud kerana kami tidak mahu apabila kes seperti ini berlaku dan kita tidak ada peraturan untuk mengatasi masalah tersebut.

“Pelbagai hukuman akan disediakan, bergantung kepada betapa serius kes berkenaan dan hukuman maksimum yang akan dikenakan ialah penggantungan seumur hidup.

Kem badminton negara dikejutkan dengan insiden dua pemain Malaysia digantung sementara oleh BWF kerana disyaki terlibat dengan insiden mengatur perlawanan.

Kedua-dua pemain professional berkenaan dikenakan enam pertuduhan mengatur perlawanan dalam satu sesi pendengaran bebas di Singapura, minggu lalu.