Connect with:




Perang saraf antara pengurus kelab Liverpool, Jurgen Klopp dan pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos berterusan hingga kini.

Jika dahulu Klopp mengkritik Ramos bermain secara kasar menyebabkan Salah mengalami kecederaan bahu dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara, Ramos pula dengan lantang mempertikaikan bahawa Klopp jarang menjuarai sebarang perlawanan.

Klopp menegaskan pemain berusia 32 tahun itu bermain dengan “kejam” ketika aksi final.

Ramos membalas: “Saya tiada niat untuk mencederakan pemain dengan sengaja.”

“Dia sering mara ke perlawanan final tapi selalu juga kalah. Perlawanan itu bukan kali pertama dia mengalami kekalahan.”

Anda rasa sampai bila perkara ini akan selesai? Dah masuk musim baru dah pun.

Kronologi perang saraf antara Klopp dan Ramos

  • Klopp memenangi perlawanan pertamanya sebagai pengurus pada Piala Jerman 2012 bersama Borussia Dortmund, tetapi telah kehilangan enam liga terakhir – termasuk final Liga Juara-juara pada Mei dan perlawanan Liga Europa menentang Sevilla pada 2016.
  • Dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara, Ramos didapati membentes Salah hingga jatuh dan menyebabkan Salah cedera patah bahu.
  • Ramai penyokong Liverpool tidak berpuas hati dan menyalahkan Ramos akibat pertembungan berkenaan.
  • Dari sisi pengadil pula, Ramos tidak dikenakan sebarang tindakan dan petisyen telah diajukan untuk memanggil FIFA dan UEFA bagi mengenakan hukuman terhadap pemain antarabangsa Sepanyol itu.
  • Klopp turut menyalahkan Ramos yang menjadi punca penjaga gol, Loris Karius mengalami gegaran otak sebelum dia melakukan dua kesilapan dalam aksi tersebut.
  • Ramos pula membidas Klopp yang tidak menyumbangkan piala kepada pasukannya itu sejak beliau mengambil alih tugasnya sebagai pengurus.

Difahamkan, Ramos memberitahu, Klopp tetap menjadi pilihan sebagai pengurus terbaik tetapi memintanya untuk sedikit bertenang dan tidak cepat melatah.


*Anda nak menang hadiah misteri dari Dunia Sukan? Ayuh, jadi komuniti kami dan menangi pelbagai hadiah menarik dengan klik link https://duniasukan.com/my-account/