Connect with:




Final divisyen satu Piala Razak bakal menyaksikan juara bertahan Perak dan Terengganu merebut gelaran juara yang akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Dalam pada itu, Perak sudah memastikan tempat ke final sebelum aksi terakhir peringkat round robin selepas membenam Pulau Pinang dengan keputusan 6-2, kelmarin.

Pada perlawanan terakhir peringkat round robin semalam, Perak merangkul kedudukan pertama dengan 11 mata meskipun seri 3-3 dengan pasukan muda Johor manakala Terengganu merebut tangga kedua dengan sembilan mata selepas mereka terikat seri 1-1 dengan Melaka.

“Berdasarkan prestasi pemain kami amat yakin Perak mampu untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu. Tiada masalah untuk mendapatkan pengganti apabila banteng utama terikat dengan tugas mereka bersama skuad kebangsaan kerana kami memiliki pemain daripada peringkat akar umbi hingga kebangsaan,” kata Mohd. Nizam.

Bagi divisyen dua pula, PDRM akan bertemu Pahang yang mengakhiri pusingan robin dengan 12 mata dan bakal berentap sesame sendiri pada final yang diadakan pada hari yang sama.

Foto: Malaysian Hockey confederation