Connect with:




Tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) Perak muncul juara acara bola sepak apabila menbenam cabaran Kedah 2-1 di perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.

Ini merupakan emas kali ke-3 berturut-turut buat Seladang Muda dalam acara itu sejak SUKMA 2014.

Helang Merah Muda terlebih dahulu dihadapan menerusi sepakan percuma dari ketua pasukan, Fazrul Danel Mohd Nizam pada minit ke-64 perlawanan.

Namun kegembiraan pasukan pelawat hanya bertahan selama dua minit apabila tandukan cantik Alif Safwan Sallehudin menyamakan kedudukan buat kedua-dua pasukan.

Muhamad Asyraaf Mat Pushni menggegarkan Stadium Perak apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-70 hasil kekeliruan yang berlaku dihadapan gol pasukan Kedah.

Dalam perkembangan lain, Sabah meraih pingat gangsa apabila menewaskan Terengganu 2-1 dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Pembandaran Manjung.

Foto: SUKMA Perak 2018