Connect with:




Pemain Barcelona, Paco Alcacer yang dipinjamkan ke Borussia Dortmund untuk semusim mempamerkan aksi yang berjaya membuat pengendali Sepanyol, Luis Enrique terpaku apabila meledak dua gol ketika Sepanyol membelasah Wales 4-1 awal pagi tadi.

Kekosongan jentera serangan skuad La Roja yang ditinggalkan Diego Costa akibat kecederaan dan Rodrigo sekadar memanaskan bangku simpanan dimanfaatkan Alcacer untuk mencuri kepercayaan Enrique menerusi aksi pertama bersama skuad kebangsaan setelah kali terakhir melakukannya pada Mac 2016 lalu.

Aksi cemerlang yang dipamerkan ketika bersama kelab berjaya diteruskan penyerang berusia 25 tahun itu di pentas antarabangsa apabila memporak perandakan jentera pertahanan Wales dalam aksi persahabatan antarabangsa yang tampak dikuasai sepenuhnya pasukan pelawat di Stadium Principality, Cardiff.

Dua gol ledakkan Alcacer pada babak pertama mengesahkan gol kelapan peribadinya dalam 14 penampilan bersama skuad bekas juara Piala Dunia 2016 itu, Sergio Ramos dan Marc Bartra melengkapkan persembahan cemerlang pasukan pelawat apabila masing-masing meledak satu gol.’

Semenjak meninggalkan Barcelona dan menyertai Borussia Dortmund secara pinjaman apabila sukar buat dirinya menempatkan diri dalam kesebelasan utama skuad Enrique ketika di Nou Camp, Alcacer telah memperagakan persembahan luar biasa dengan meledak tujuh gol.

Menyedari sukar buat dirinya menempatkan diri kedalam kesebelasan utama di Nou Camp, Alcacer memilih untuk meninggalkan Barcelona lalu menyertai Borussia Dortmund secara pinjaman dan mempamerkan aksi memukau di awal musim apabila berjaya meledak tujuh gol untuk kelab barunya itu.

Enrique yang jarang menyenaraikan Alcacer dalam kesebelasan utama ketika bertugas sebagai bos kelab The Catalan itu mungkin telah berubah hati selepas melihat persembahan hebat yang diperagakan penyerang itu pada malam penuh beremosi buat Sepanyol yang bertafakur selamat seminit bagi mengingati sembilan mangsa bangjir Majorca yang terkorban.

“Jelas sekali perlawanan ini berintensiti tinggi dan saya suka melihat persembahan pasukan saya hari ini, mereka melakukan apa yang saya aturkan hingga menyumbang kepada kemenangan ini,” jelas Enrique dalam sidang media selepas perlawanan.

Tanpa kelibat pemain tonggak mereka, Gareth Bale yang mengalami kecederaan pangkal paha jelas menumpulkan jentera serangan skuad bimbingan Ryan Gigs.

Meskipun berjaya meledak satu gol saguhati menerusi penyerang Burnley, Sam Vokes, namun ianya tidak cukup untuk menyelamatkan Gigs daripada mengalami kekalahan ketiga selepas mengharungi enam perlawanan sebagai pengendali Wales.

Enrique pula tampak selesa mengharungi rekod bersih semua tiga perlawanan sejak mengisi kerusi panas sebagai pengendali Sepanyol selepas pasukan itu tersingkir dari saingan suku akhir Piala Dunia di Russia.

 

Foto : Facebook Selección Española de Fútbol (SeFutbol)

Sumber : Marca.com