Connect with:




Apa yang anda buat apabila pasukan kesayangan anda tewas?

Maki hamun itu perkara biasa namun apa yang dibuat oleh Mohamed Henni, seorang penyokong kelab Perancis, Marseille.

Jika Marseille gagal mencatatkan kemenangan, Henni akan memecahkan televisyen miliknya dalam apa juga cara. Kadang kala, dia menggunakan besi, kayu, kapak atau tangannya sendiri.

Henni yang mempunyai 1.1 juta pengikut di YouTube miliknya akan merakam tindakan memecah televisyen itu sebelum memuatnaik ke laman youtube.

Mengikut laporan BBC Football, Henni menyatakan perbuatannya itu bukanlah untuk tujuan populariti semata sebaliknya adalah untuk menggembirakan orang ramai.

Setakat ini, Henni tela memecahkan 24 televisyen. Dia akan membeli televisyen yang baharu selepas dipecahkan dan Henni akan membelanjakan 400 euro untuk setiap pembelian televisyen yang baharu.

Anda rasa penyokong pasukan mana di Malaysia yang mampu menyaingi rekod Henni ini?