Connect with:




Beberap penyokong England menyindir Jerman dengan menyanyi sorakan lagu lucu ketika perlawanan terakhir kumpulan (England) menentang Belgium, awal pagi tadi.

Mereka dilihat mengambil kesempatan yang jarang sekali berlaku untuk menceriakan penyokong Die Mannschaft susulan kekalahan mengejut kelmarin.

Tidak seperti Jerman, England menduduki tangga ke-16 walaupun mereka tewas tepi dalam aksi terakhir kumpulan G dengan 1-0 di tangan Belgium.

Dalam perlawanan tersebut para penyokong mengejek Jerman dengan sorakan yang gemuruh: “Adakah anda sedang menonton, Jerman?”

Sementara itu, jurulatih Jerman, Joachim Low selamat mendarat di tanah airnya semalam selepa kecewa dengan pasukannya yang tewas 2-0 menentang Korea Selatan sekaligus terus menamatkan misi mereka dalam saingan Kumpulan F.

Foto Kredit: PA: Press Association