Patrick Ittrich selaku pengadil bagi perlawanan akhir divisyen keempat Jerman antara SV Waldhof Mannheim dan KFC Uerdingen terpaksa membatalkan perlawanan akibat penyokong melakukan rusuhan secara besar-besaran.

Dia yang tidak mempunyai sebarang pilihan itu terpaksa menangguhkan perlawanan selepas penyokong didapati menumbuk dan melemparkan suar ke dalam padang.

Ittrich menghentikan permainan pada minit ke-80 pada aksi timbal balik di Carl-Benz-Stadion kerana melihat keadaan menjadi semakin huru-hara yang boleh memberi kesan kepada pemain-pemain.

Sebelum ini, pasukan lawan telah mendahului 3-1 (agregat) setelah menang 1-0 di MSV-Arena pada Khamis lepas.

Penyokong Mannheim memaparkan satu tanda provokasi ketika perlawanan berlangsung. Foto Kredit: Getty Image

Dalam pada itu, hooligans Mannheim juga membuat kekacauan di luar stadium melakukan serangan ke atas bas penyokong Uerdingen dan mencederakan penyokong sebelum sepak mula berlangsung.

Menurut laporan RP Online, kekacauan berterusan sehingga ke upacara penutup perlawanan dan apa yang lebih menyedihkan, penyokong turut mensasarkan letupan bunga api kepada pengurus Mannheim, Bernhard Trares.

Sementara itu, awal bulan ini menyaksikan penyokong Hamburg mencetuskan rusuhan keganasan selepas mereka digugurkan dari Bundesliga buat kali pertama dalam tempoh 55 tahun.

Foto Kredit: fire News