Connect with:




Sorakan bergema di Baoshan Arena, Shanghai saat bintang MMA China, Chen Lei memasuki gelanggang untuk pertarungan bantamweight menentang Muhammad Aiman dalam ONE: BEYOND THE HORIZON.

Chen Lei, juara Brazilian Jiu Jitsu (BJJ) Shanghai menunjukkan keinginannya untuk menang bermula dari awal pertarungan dengan berkali-kali cubaan menjatuhkan lawannya ke bawah untuk berlawan dalam skill kegemarannya, BJJ.
 
Cubaan demi cubaan Chen Lei tetap tidak menjadi pada pusingan pertama selepas Aiman, bertahan dengan baik untuk membawa pertarungan ke pusingan kedua.
 
Aiman bangkit pada pusingan kedua dengan serangan lebih kemas menerusi tumbukan dan sepakan padu.
 
Akhirnya, keghairahan Chen Lei dalam menjatuhkan Aiman membuka ruang buat anak kelahiran Negeri Sembilan itu melakukan gerakan cekikan ke atas lawannya.
 
Penonton di  Baoshan Arena jelas terdiam melihat atlet negara mereka menyerah kalah kepada ‘The Jungle Cat’.
 
“Saya menang lambat panas sedikit pada pusingan pertama” kata Aiman yang bercakap dalam dialek Negeri Sembilan selepas menang, membuktikan betapa bangganya beliau menjadi seorang ‘waghih”.
 
“Chen Lei memang sangat kuat namun saya berjaya mengambil peluang dan mencekik sehingga dia tewas. Saya cukup gembira untuk mencalarkan rekodnya” tambah juara featherweight MIMMA 2015 ini.
 
Kemenangaan Aiman ini membawa rekod profesionalnya kepada 5-2-0 sementara Chen Lei harus menelan hakikat rekod bersih 5 kemenangan berturut-turut beliau sudah dicalarkan oleh seorang jaguh dari Malaysia di depan penyokong China sendiri.