Connect with:




Satu video telah tular dimana pemain Liverpool, Sadio Mane didapati melakukan kerja amal di masjid tempatan beberapa jam selepas menjaringkan gol menentang Leicester Sabtu lepas.

Sadio Mane didapati sedang mencuci masjid bersama seorang kanak-kanak dan rakan seorang lelaki lain

Pemain Senegal itu dirakam sedang membersihkan tandas Masjid Ar-Rahma di Mulgrave Street, Liverpool selepas The Reds mencatatkan kemenangan keempat berturut-turut di Liga Perdana Inggeris.

Perkara ini mendapat reaksi ramai penyokong bola sepak yang menganggap Mane merupakan seorang yang merendah diri dan tidak mementingkan populariti yang ada pada dirinya.

Sebelum ini beliau pernah membantu kampung halamanya dengan membina sebuah  di Bambaly, Senegal. Beliau juga merupakan salah seorang aktivis mencegah HIV di Malawi.

“Saya sangat gembira melakukan perkara-perkara seperti ini. Sangat penting dalam hidup kita untuk membantu orang lain, ” ujar beliau ketika ditanya mengenai aktiviti kemanusiaannya itu.

Untuk rekod, Mane telah menjaringkan 4 gol musim ini untuk membantu The Kops catat rekod 100% kemenangan liga.