Pep Guardiola menggambarkan anak buahnya, Sergio Aguero sebagai ‘lagenda’ apabila muncul sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester City.

Pemain Argentina,29 itu telah berjaya menyaingi rekod penjaring terbanyak Manchester City, Eric Brook, 177 gol selepas berjaya meledakkan gol pada minit ke-69 menentang Napoli,awal pagi tadi.

Kemenangan 4-2 itu membantu Manchester City untuk meraih tempat ke pusingan 16 terbaik,Liga Juara-Juara.

Fakta Menarik tentang ‘Kun’ Aguero.

-Nama sebenar Aguero ialah Sergio Leonel Aguero.

-Nama timangan ‘Kun’ lahir daripada siri cerita kartun yang sering dilihatnya. Hal ini disebabkan kenakalan Aguero sama dengan watak Kum Kum dalam siri itu.

-Aguero mula bermain bola pada Julai 2003 dan seawal umur 15 tahun, Aguero sudah mula menempa nama sebagai pemain bola sepak yang bermain dalam Divison Pertama Argentina lantas memecah rekod yang dipengang oleh Diego Maradona sebelum ini.

-Aguero telah memperistrikan anak perempuan Maradona, Giannina Maradona dan dihadiahkan seorang cahaya mata, Benjamin.

-Melalui autobiografinya, ‘Born To Rise’, Aguero menganggap rakan senegaranya, Lionel Messi sebagai ‘abang’ dan ahli keluarganya.

-Pada musim pertamanya di City, dia menjadi pemain pertama yang menjaringkan 30 gol dalam satu musim selepas Francis Lee.

-Aguero telah membantu skuad Argentina menjulang pingat emas Olimpik pada tahun 2008 dan telah memenangi Piala Dunia FIFA bawah 20 tahun sebanyak dua kali.

-Aguero membuat penampilan sulung dalam kejohanan antarabangsa pada tahun 2006, menggantikan Carlos Tevez pada 65 minit.