Connect with:




Seorang bekas askar veteran British berusia 95 tahun yang pernah berdepan insiden Perang Dunia Kedua memecahkan rekodnya sendiri sebagai penyelam skuba tertua dunia selepas mengambil risiko untuk menerokai sebuah kapal karam yang terletak Cyprus.

Difahamkan, Ray Woolley sebelum ini  memegang rekod sebagai penyelam skuba lelaki yang paling tua di dunia. Baru-baru ini,  dia menyelam selama 44 minit pada kedalaman 40.6 meter, menewaskan rekod lamanya iaitu 41 minit/38.1 meter ketika dia berusia 94 tahun.

Ray yang merupakan bekas askar Perang Dunia kedua berjaya menerokai sekitar kapal lama pada kedalaman 40.6m.

“Kami berjaya lakukannya … Saya rasa bangga. Ia merupakan momen yang indah apabila saya dapat memecahkan rekod saya sekali lagi dan saya berharap jika saya dapat kekalkan stamina, saya dapat memecahkannya lagi pada tahun depan dengan anda semua, “katanya.

Dalam pada itu, Woolley dan beberapa penyelam yang lain penyelam lain berjaya meneroka di sekitar kapal karam Zenobia, sebuah kapal kargo yang sarat dengan lori yang tenggelam kira-kira 2 km dari pekan Cyprus selatan, Larnaca pada tahun 1980 dalam pelayaran sulungnya.

Dia berjaya memecahkan rekod lamanya sebagai penyelam tertua di dunia.

Dia yang berasal dari Port Sunlight di barat laut England yang kini menetap di Cyprus, berkata   pertama kali melawat bangkai kapal itu pada tahun 1982 dan telah berkecimpung dalam aktiviti menyelam selama 58 tahun.

“Saya cuba membuktikan kemampuan diri saya dan harapan saya pada orang lain terutamanya apabila anda mencapai umur saya, lakukan perkara yang anda suka. Jangan hiraukan perkara remeh yang lain,” tambahnya

Zenobia, yang kini berada bersama lori yang masih dirantai ke kapal, sangat popular dalam kalangan penyelam dan sekitar 60,000 penyelam yang melawat tempat berkenaan setiap tahun.- REUTERS

Foto Kredit: Yiannis Kourtoglou