Connect with:




Seorang penonton hilang penglihatan mata kanannya pada perlawanan kejohanan Piala Ryder apabila terkena bola golf dan berhasrat ingin menyaman penganjur berhubung insiden berkenaan.

Corine Remande, 49 dari Mesir yang bercuti bersama suaminya itu berdepan insiden malang apabila bola pukulan pemain AS, Brooks Koepka melencong ke kiri sebelum terjatuh di kawasan penonton dan terkena mata Remande.

Dia juga mahu mengambil tindakan undang-undang dengan mendakwa tidak diberikan amaran oleh pegawai perlawanan sebelum bola terjatuh ke kawasan penonton.

“Sangat jelas, ia adalah tanggungjawab penganjur,” kata Remande kepada AFP selepas meninggalkan Hospital Croix-Rousse di Lyon.

“Doktor memberitahu saya kehilangan mata kanan saya,” ujarnya

“Saya tidak merasakan bola telah menyerang mata saya dan kemudian saya merasakan darah mula mengalir. Ujian imbasan juga mendapati ada kesan retak serta ‘letupan kecil’ pada bola mata dan pakar mata sedang menilai impak secara keseluruhan pada kedua-dua bahagian berkenaan.”

Sementara itu, Remande juga mengkritik penganjur kejohanan yang tidak memberikan sebarang maklum balas selepas insiden berkenaan.