Connect with:




Kehangatan aksi final Piala Malaysia antara Perak menentang Terengganu FC I (TFC I) semakin membara selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberitahu sebanyak 72,000 keping tiket disediakan untuk menyaksikan aksi final di Stadium Shah Alam Sabtu ini  akan dijual bermula Khamis ini.

Menurut Ketua Pegawai Operasi MFL, Mohd. Shazli Shaik Mohd, sejumlah 30,000 keping tiket dewasa yang berharga RM50 telah diagihkan kepada kedua-dua pasukan manakala, sebanyak 750 tiket (RM5) kanak-kanak turut diperuntukkan.

Bukan itu sahaja, baki selebihnya iatu 10,500 dan 500 keping untuk golongan kanak-kanak bawah 12 tahun akan dijual secara atas talian tetapi belum ditetapkan lagi sama ada menerusi www.tickethotline.com.my atau aplikasi e-dagang, Shopee.

Dalam perkembangan lain, Perak menyingkirkan Sabah dengan keputusan agregat 7-2 malam kelmarin sementara TFC I yang dibimbing, Irfan Bakti Abu Salim turut mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menumpaskan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan agregat 3-2 pada aksi separuh akhir.

Foto Kredit: Faiz Anuar