Connect with:




Gara-gara aksi keterlaluan ketika meraikan gol, pengurus Inter Milan, Luciano Spalletti dikenakan hukuman larangan untuk berada bersama pemain pada perlawanan Serie A bertemu Fiorentina nanti.

Insiden menentang Sampdoria Sabtu lalu itu menyaksikan Spalleti dilihat menjerit di depan kamera televisyen dengan kelakuan yang agak melampau ketika meraikan jaringan tunggal Marcelo Brozovic pada minit ke-94.

Difahamkan, keputusan itu dilakukan pentadbir liga, Lega Seria A selepas meneliti laporan pegawai perlawanan yang mendedahkan tindakan jurulatih itu yang “meluahkan perasaan melawan” apabila diberi amaran oleh pengadil selepas perlawanan.

Inter sudah mengemukakan rayuan yang mungkin dibincangkan sebelum tengahari bagi membolehkan Spalletti kembali ke bangku simpanan di San Siro menetang Fiorentina nanti.

Foto Kredit: Gazetta TV