Connect with:




Seorang pengulas televisyen Mesir, Abdul Rahim Mohamed meninggal dunia akibat serangan jatung sejurus selepas kekalahan Mesir pada saat akhir ke atas Arab Saudi pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Dunia, Isnin lalu.

Egypt Today melaporkan dia yang juga merupakan bekas jurulatih kelab utama negara dijadualkan membuat analisa tentang perlawanan akhir secara langsung bagaimanuapun mengalami serangan jantung akibat prestasi buruk yang dipamerkan skuad kebangsaan.

Mohamed dikatakan ‘sungguh beremosi’ semasa perlawanan dramatik melibatkan Mesir dalam Kumpulan A yang berakhir dengan kekalahan sadis 1-2.

Selain itu, Ahmed Fawzi, bekas penjaga gol Mesir turut berada di studio tersebut dan memberitahu dia melihat Mohamed sepeti berada dalam ‘keletihan dan ‘kesedihan’ dengan kekalahan pasukan kesayangannya.

Doktor bagaimanapun cuba untuk menyelamatkannya namun selepas 30 minit dia disahkan meinggal dunia.

Keputusan Isnin lalu gagal memberi sebarang mata daripada tiga pelrawanan dan Mesir menduduki tangga tercorot kumpulan.