Connect with:




Emanuel Santos berjaya menutup mulut orang ramai dengan menghasilkan ukiran baharu skulptur kepala Cristiano Ronaldo yang lebih baik.

Menerusi temubual eksklusif bersama Bleacher Report, keluarganya turut berasa malu dan dia merasakan dirinya terasing selepas setahun menahan kritikan dan cacian di media sosial kerana ukiran skulptur kepala Cristiano Ronaldo yang dibuat lansung tidak menyerupai bintang bola sepak Portugal itu.

Akhirnya Santos berjaya menutup mulut pengkritiknya dengan karya terbaharu yang dibiayai laman web Bleacher Report.

“ Saya menerima banyak ejekan sejak tahun lalu. Terasa sukar untuk melakukan apa-apa dan saya tidak mahu bercakap dengan sesiapa pun,” luah Santos.
Pada masa yang sama, walaupun dia agak gementar dengan rekasi dan pendapat yang bakal diterima, namun dia dengan tegasnya menyangkal tidak akan membiarkan semua itu menghalangnya untuk menyiapkan ukiran itu.

“ Saya nak anak saya fahan bahawa jika kita buat apa yang kita suka, jangan lakukan kerja separuh jalan disebabkan kritikan negatif orang terhadap kita,” katanya.

Selepas dicabar untuk mencipta semula ukiran tersebut yang bersifat lebih tradisional, Santos memaklumkan bahawa dia telah merancang untuk menghasilkan ukiran kepala Ronaldo yang menampilkan ekspresi yang ’lebih serius’.
Dalam pada itu, Santos juga mempunyai hubungan yang baik dengan penggempur Real Madrid itu.

Dia yang merupakan peminat tegar Ronaldo turut mempertahankan hasil kerja pertamanya yang diejek teruk tetapi tidak kurang yang memujinya termasuk Ronaldo sendiri.
Ukiran pertama Santos itu dipersembahkan pada Mac tahun lepas pada majlis menamakan lapangan terbang Madiera dengan nama Ronaldo, yang merupakan wira tempatan pulau itu selepas karier luar biasanya dari anak perkampungan kecil sehingga menjadi sensasi dunia.

Ukiran kepala asal yang memakan masa 15 hari untuk disiapkan Santos akan kekal dipamerkan di luar pintu masuk terminal itu.

Foto Kredit: Bleacher Report