Connect with:




Pada perlumbaan Formula 1 (F1) musim depan, penggunaan minyak akan dinaikkan dalam kelajuan penuh dari garis permulaan hingga penamat.

Pemandu kini tidak perlu gusar lagi dengan kapasiti minyak dalam tangki yang boleh mencecah sehingga 110kg berbanding 105kg. 

Hal ini sekaligus dapat membantu pemandu menggunakan enjin dengan kuasa penuh pada setiap masa dan telah dipersetujui oleh Strategy Group serta Suruhanjaya F1, semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), selain dari peningkatan minyak, isu lain yang ditetapkan pada 2019 adalah berat kereta perlu diasingkan daripada pemandu.

Bagi menambah ciri keselamatan dan memudahkan batuan perubatan, mereka perlu memakai sarung tangan biometrik ketika berlumba.

Selain itu, berat badan minima pemandu juga dikatakan akan ditetapkan kepada 80kg.

Buat masa sekarang, penggunaan enjin dihadkan kepada tiga setiap pemandu dalam setiap musim dan hal ini memberi kerisauan kepada pasukan dan peminat. – REUTERS