Connect with:




Pihak pengurusan Arsenal akan mengumumkan pengganti kepada Arsene Wenger sebelum sepak mula Piala Dunia 2018 di Rusia, bulan depan.

Pengendali dari Perancis itu mempunyai baki dua perlawanan lagi setelah berkhidmat untuk kelab berkenaan selama 22 tahun.

Walaubagaimanapun, pihak pengurusan The Gunners masih belum mempunyai tarikh khusus untuk mengumumkan pengganti baru kepada Wenger.

Bekas jurulatih Barcelona, Luis Enrique merupakan calon pilihan dan juga bos Juventus, Massimiliano Allegri.

Sementara itu, bekas pemain Arsenal, Mikel Arteta dan Patrick Viera juga dikaitkan dengan jawatan di Arsenal.

Foto Kredit : skysports