Muhd Hafizuddin Othman akan menggantikan tempat pemain veteren S. Kumar sebagai penjaga gawang bagi skuad hoki negara.

Hafizuddin,26 telah bersama skuad kebangsaan sejak tahun 2014 pada Sukan Komanwel Glasgow.

Mohd Hairi Abdul Rahman, 28, adalah penjaga gol lain bagi skuad hoki negara.

Sebagai ketua jurulatih kebangsaan, Stephen van Huizen memerlukan penjaga gol lain sebagai penjaga gol simpanan, dia telah memanggil Muhamad Zaimi Mat Deris.

Pemain berusia 20 tahun itu pernah bermain di final Piala Dunia Junior tahun lalu di India.

Skuad hoki negara bakal menghadapi sedikit kesukaran pada tahun hadapan.

Skuad negara akan memulakan kempen mereka di Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh dari 2 hingga 10 Mac.

Malaysia juga akan turut menyertai Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, dari April 4-15, Sukan Asia di Indonesia dari 18 Ogos-2 Sept dan Piala Dunia di Bhubaneswar, India, dari 28 Nov hingga 16 Dis.

Tahukah anda bahawa buat pertama kali dalam sejarah, skuad hoki Malaysia mempunyai dua pemain yg telah mendapat anugerah sebagai ‘Penjaga Gol Terbaik Asia’ dan mereka masih aktif mewakili negara dlm era yg sama.

FARAH AYUNI – Penjaga gol skuad wanita.

Foto Kredit : Facebook (HarimauMalaya)

S. KUMAR – Penjaga gol skuad lelaki.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : The Star

Foto Kredit : Facebook : Persatuan Hoki Terengganu -PHT, HarimauMalaya