Connect with:




Khidmat Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi sebagai pengerusi Institut Sukan Negara (ISN) ditamatkan secara serta merta bermula bulan ini.

Hal ini disahkan sendiri Azim yang memberitahu dia menerima surat perletakan jawatan itu semalam.

“Saa memang dah jangka. Saya fikir ini adalah kerana lantikan politik dimana saya dilantik oleh menteri sebelum ini,” katanya kepada Harian Metro.

Dia yang juga Timbalan Presiden  Majlis Olimpik (MOM) turut berkata dia menerima surat tersebut daripada Syed Saddiq Abdul Rahman (Menteri Belia dan Sukan) yang menyatakan khidatnya sebagai individu berpengaruh ditamatkan serta-merta.

Azim bagaimanapun berharap kerjasama akan dapat dijalinkan bersama ISN menjelang Sukan Asia demi kejayaan atlet pada temasya itu.

Sementara itu, dia dilantik mengetuai ISN pada Mei 2017 dengan institusi itu turut bertanggungjawab menyelia program elit iaitu Program Podium.