Connect with:




Tim Newenham selaku pengarah Program Podium mengejutkan arena sukan apabila dia meletakkan jawatan secara drastik selepas Malaysia gagal memenuhi sasaran terbaik dalam Sukan Asia dan Sukan Komanwel tahun ini.

Malaysia memenangi tujuh pingat emas di Sukan Komanwel yang berlangsung di Gold Coast, Australia dan Sukan Asia baru-baru inii bertempat di Indonesia tetapi mereka tidak menamatkannya dalam kelompok 10 negara terbaik.

Dia yang berasal dari Australia itu mengetuai Porgram Podium sejak dirasmikan pada 2016 memberitahu bahawa dia sedia menggalas tanggungjawab sepenuhnya berikutan kegagalan atlet Malaysia dalam kedua-dua temasya berkenaan, lapor Utusan.

“Sebagai Pengarah Podium, saya mengambil tanggungjawab atas prestasi atlet dan dengan itu pada hari ini saya meletakkan notis perletakan jawatan saya kepada Menteri Belia dan Sukan.”

“Walaupun atlet mencapai sasaran tujuh pingat emas dalam kedua-dua kejohanan tersebut, tetapi matlamat Program Podium tidak menemui sasaran untuk berada dalam kedudukan 10 terbaik dalam kalangan negara peserta,” katanya dalam surat itu.

Pada masa yang sama, dia turut membidas kegagalan Program Podium dengan menyenaraikan kejayaan yang diperoleh menerusi atlet yang menyertai Program Podium misalnya Malaysia memenangi lebih banyak pingat dalam Sukan Olimpik Rio dan Sukan Paralimpik Rio 2016 berbanding kejohanan sebelumnya.

Jelasnya lagi, program itu telah berjaya melakar tujuh atlet bergelar juara dunia.

“Penambahbaikan dan cadangan bagi sistem sukan berprestasi tinggi telah dilakukan menerusi pegawai bersepadu dari dalam dan luar negara serta mempunyai pengalaman dan latihan,” kata Newenham.

“Harapan saya bahawa sistem ini digunakan sebaik mungkin bagi memberi manfaat kepada atlet di Malaysia. Saya sering berhsrat dapat menyusun amalan terbaikan untuk dibangunkan oleh Program Podium,” tambahnya.

Sementara itu, Newenham juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada pegawai dan kakitangan yang memberi peluang buatnya untuk membantu industri sukan di Malaysia.

Foto Kredit: Guernsey Sports Commision