Bulan April yang lalu menjadi detik istimewa untuk saya, beberapa rakan media serta para pemenang peraduan ‘Let’s Go Manchester’ anjuran jenama dandanan lelaki terkemuka, Dashing dimana mereka diterbangkan ke Manchester untuk menyaksikan sendiri pertembungan derby melibatkan Manchester City menentang Manchester United di Stadium Etihad.

Bukan sahaja diberikan tempat duduk VIP di Stadium Etihad, kami juga dibawa melawat beberapa venue bola sepak menarik seperti muzium bola sepak kebangsaan, Old Trafford dan juga Anfield. Malah, para pemenang juga dapat berinteraksi bersama beberapa lagenda Manchester City.

Tidak terhad dengan bolasepak, kami turut dibawa ke Tour Misteri Magical di Liverpool iaitu sebuah lokasi yang berkaitan dengan band muzik terkenal, The Beatles.

Bagi para pemenang iaitu Kairul Ezani Jasmi, Arozi Ayut, Mohd Nawawi Yahya, Christopher Levins, Killy Soory Moorty dan Mohd Asbullah, mereka berasa sangat bertuah untuk dipilih Dashing sebagai pemenang peraduan ini.

“Saya sangat teruja untuk datang ke sini. Apa yang saya dapat lihat, stadium-stadium di sini sangat jauh bezanya dari segi teknologi dan prasarana berbanding di Malaysia” jelas Mohd Asbullah, pembantu penyelia di sebuah syarikat permotoran.

Detik paling dinantikan pastinya menghadiri perlawanan derbi setempat Manchester. Bagi Manchester City, kemenangan akan mengesahkan kejuaraan liga sebaliknya untuk Manchester United, mereka mahukan kemenangan untuk menunda jiran setempat mereka dari meraikan lebih awal.

Perlawanan yang disaksikan berlangsung dengan cukup dramatik. Kebangkitan United selepas ketinggalan 0-2 pada babak pertama untuk menang 3-2 membuatkan kami semua terpaku dan rasa bertuah berada di Etihad ketika itu. Menariknya, kedua-dua penyokong cukup mesra dan tidaklah begitu memusuhi seperti yang dicanang-canangkan.

Bagi Killy Soory Moorty dari Kajang, menjadi pengguna setia barangan Dashing ternyata memberi tuah buat dirinya.

“Saya ialah pengguna setia barangan Dashing sejak kecil lagi. Memang setiap bulan, saya akan membeli produk ini.

“Saya menyedari Dashing menganjurkan peraduan Let’s Go Manchester. Ia satu peraduan yang cukup mudah. Hanya beli barangan Dashing dan kemudiannya hantarkan resit pembelian kepada pihak Dashing” katanya yang berasal dari Kajang.

Penyokong setia kelab Manchester City, Christopher Levins pula sangat terharu dan gembira dipilih sebagai pemenang kerana dapat mengenali lebih mendalam tentang kelab kegemarannya.

“Selain dari menyaksikan perlawanan antara dua kelab gergasi Manchester, pengalaman memasuki stadium dari tempat pegawai dan juga tempat pemain ternyata membuatkan saya terpukau. Bukan semua penyokong berpeluang untuk melalui pengalaman sebegini” tambah Levins.

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Dashing dari kami termasuk para pemenang kerana telah memberi peluang yang sangat berharga bagi kami semua menjejakkan kaki buat kali pertama di Manchester! Terima kasih Dashing!