Pengadil wanita Jerman, Bibiana Steinhaus muncul sebagai wanita pertama mengadili perlawanan liga utama Eropah selepas mengendalikan pertemuan kelab antara Hertha Berlin dan Werder Bremen dengan kedudukan terikat seri 1-1.
Bibiana melakar kejutan apabila akan turut mengadili perlawanan di Inggeris, Perancis, Itali dan Sepanyol.
Beliau telah mengadili sebanyak 80 perlawanan dari divisyen dua sejak tahun 2007 dan menjadi pengadil keempat dalam beberapa aksi di Bundesliga.
“Pada masa kini, saya amat berbangga untuk menjalankan tugas sebagai pengadil bagi perlawanan yang seterusnya” katanya.
Berhubung dengan peristiwa itu, Hertha telah memberi potongan tiket sebanyak 50 peratus kepada penyokong wanita yang mahu hadir bagi menyaksikan kecekapan wanita tersebut mengadili liga kelab utama Jerman di Olympiastadion, Berlin.

Pengadil berusia 38 tahun tersebut turut menerima pujian dari Presiden Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) Reinhard Grindel serta Jurulatih Berlin, Pal Dardai terhadap kebolehannya menjalankan tugas sebagai pengadil.

Foto Kredit: Evarado Herrera