Connect with:




Empat anggota kumpulan aktivis ‘Punk’ di Russia, Pussy Riot menghadapi hukuman penjara selama 15 hari kerana mengganggu perlawanan akhir Piala Dunia dengan meluru masuk ke dalam padang.

Mereka turut didakwa melanggar peraturan bagi undang-undang penonton serta memakai pakaian seragam polis secara haram (tidak mendapat kelulusan).

Selain dipenjarakan, mereka dilarang menghadiri mana-mana acara sukan selama tiga tahun.

Walaupun sekuriti mengawal ketat di luar padang, namun mereka berjayam asuk ke dalam padang.

Pussy Riot bagaimanapun, membidas dengan mengatakan perkara itu adalah satu protes terhadap pencabulan hak asasi manusia di Rusia.

Insiden itu menyebabkan perlawanan tergendala selama 25 saat pada babak separuh masa kedua antara Perancis dan Croatia yang membawa kemenangan kepada Perancis dengan 4-2.

Sebelum ini, Pussy Riot telah mencetuskan insiden protes berprofil tinggi terhadap presiden Rusia, Vladimir Putin.

Tiga ahli daripada kumuplan mereka pernah dipenjarakan pada 2012 kerana mencipta dan menyanyikan lagu ‘punk’ anti Putin  di Moscow.

Foto Kredit: NME