Iceland telah layak ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah mereka selepas menewaskan Kosovo 2-0 di Laugardalsvoellur, awal pagi tadi.

Gylfi Sigurdsson dan Jóhann Berg Gudmundsson, yang bermain untuk kelab Inggeris, Everton dan Burnley masing-masing menjaringkan gol, memastikan Iceland maju ke pusingan seterusnya.

Iceland telah menamatkan kempen kelayakan Piala Dunia mereka sebagai juara Kumpulan I, mengumpul 22 mata daripada 10 perlawanan manakala saingan terdekat, Croatia menduduki tangga kedua dengan 20 mata.

Kemenangan bermakna Iceland merupakan negara terkecil untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia, dengan hanya 330,000 populasi penduduk.

Pengurus Iceland, Heimir Hallgrimsson berkata pasukannya akan menghadapi cabaran yang lebih besar selepas Euro 2016 namun telah mempamerkan aksi yang cemerlang semasa kempen kelayakan dan sasarkan kempen Piala Dunia yang berjaya, tahun depan.

Ini merupakan penampilan kedua buat Iceland dalam kejohanan utama selepas membuat kejutan di pentas Eropah, menewaskan England di peringkat kalah mati sebelum disingkirkan oleh Perancis di suku akhir.

Foto Kredit: Pinterest