Connect with:




Baki dua perlawanan Siri Le Mans Asia 2017/18 yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Januari dan Februari tahun depan akan dihiasi dengan tiga pelumba muda tempatan.

Jazeman Jaafar, Weiron Tan dan Afiq Ikhwan Yazid merupakan wakil dari Malaysia yang akan bersaing bersama pasukan ternam,Jackie Chan DC Racing X Jota.

Mereka akan bersaing pada pusingan Ketiga dari 11-13 Jan di Buriram, dan Pusingan Keempat di SIC pada 2-4 Feb.

Pasukan berkenaan sudah merangkul kejuaraan LMP2 (Le Mans prototaip) pada perlumbaan berprestij Le Mans 24 Jam, musim ini.

Sebelum ini,Jazeman menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga keseluruhan pada perlumbaan empat jam Siri Le Mans Asia-Fuji.

 

Sumber : Bernama

Foto Kredit : Twitter (@jazemanjaafar)