Connect with:




Persidangan FIFA selama tiga hari di ibu negara Qatar menyaksikan rancangan penambahan 32 kepada 48 di Piala Dunia pasukan disokong kebanyakan persatuan di suluruh dunia.

Mengulas mengenai perbincangan berkenaan, presiden FIFA, Gianni Infantino berkata mereka bakal membuat keputusan terakhir pada Mac nanti  selepas kajian diselesaikan.

Malahan, format 48 pasukan yang sebenarnya bakal dianjurkan pada edisi 2026 di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada itu turut dipersetujui Qatar yang terbuka untuk mengawalkan cadangan itu empat tahun lagi.

‘Majoriti persekutuan bola sepak dunia mahukan penambahan bilangan pasukan bermain pada Piala Dunia 2022 di Qatar, penambahan daripada 32 kepada 48 pasukan,’ katanya, hari ini.

“Kita lihat nanti,’ katanya.

‘Setakat ini, sudah tentu majoriti setuju dengan rancangan ini memandangkan lebih banyak negara yang mempunyai peluang untuk merasai bahang Piala Dunia, 16 pasukan lagi akan turut serta, ini bermaknan 50 atau 60 lagi negara yang akan berpeluang untuk sertainya.

‘Sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak, ia adalah satu lagi persoalan?”

“Saya turut menghargai pihak Qatar yang bersikap terbuka terhadap cadangan berkenaan,”kata Infantino. – AFP

Foto: New Vision