Connect with:




Terlampau yakin pasukan kesayangannya bakal menjuarai Piala Dunia 2018, seorang penyokong England, Jamie Richardson membuat lakaran ‘tattoo motivasi’ 21 hari sebelum berlangsungnya kejohanan final.

The Sun melaporkan Jamie membuat lakaran tattoo itu di perut yang memaparkan lukisan trofi Piala Dunia beserta tulisan ‘England 2018 World Cup Winners”.

Dia yang turut mendapatkan tattoonya pada hari Ahad selepas kemenangan besar ‘Three Lions’ menentang Panama menjadi orang pertama yang mempunyai tattoo tersebut.

“Saya akan menjadi orang pertama yang mempunyai tattoo kemenangan England di Final Piala Dunia,” kata Jamie kepada rakan-rakannya.

“Tidak ada keraguan dalam fikiran saya, jadi itu bukanlah satu risiko untuk melakukannya. Saya mahu para pemain tahu betapa yakinnya para penyokong sekarang terutamanya saya,” tambahnya.

Bukan sahaja dia membuat puluhan tattoo tersebut di badan, malahan dia juga tidak memberitahu perkara ini daripada teman wanitanya sendiri tentang rancangannya itu