Connect with:




Calon untuk pemilihan jawatan Preseiden Football Association of Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa telah mengambil keputusan tarik diri dari pemilihan yang akan diadakan pada bulan Julai ini dan memberi laluan kepada Dato Hamidin Hj Muhamad Amin untuk mentadbir FAM.

Melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan di laman rasmi ‘Facebook’ miliknya, beliau mengambil keputusan tersebut setelah mengambil pandangan dari beberapa Persatuan Bola Sepak Negeri dan Kebangsaan mengenai hal tersebut.

Beliau turut mendapatkan pandangan serta perbincangan dengan Pengurusi FMLLP, TMJ Tunku Ismail Idris dan dengan Dato Hamidin sendiri.

Keputusan ini diambil kira kerana beliau ingin memberi fokus kepada karier politiknya dan memberi tumpuan di parlimen khususnya kawasan Ketereh.

Untuk rekod, Tan Sri Annuar Musa pernah memikul tugas selaku timbalan FAM sebelum ini dan pernah menerajui jawatan nombor satu KAFA dan berjaya membantu Kelantan merangkul beberapa kejuaraan terutama ketika di zaman kegemilangan Kelantan, 2012 hingga 2013.

Foto Kredit : FB Tan Sri Annuar Musa