Connect with:




Dianggarkan seramai enam juta daripada kita yang bermain permainan Premier League’s Fantasy Football dan kita semua menggangap bahawa kita sudah cukup bagus.

Tetapi tiada yang boleh menandingi Yusuf Sheikh. Dia merupakan pemenang bagi permainan Premier League Fantasy bagi musim 2017/18.

Yusuh memperoleh mata lebih banyak daripada orang lain di dunia – tetapi apa rahsianya?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ‘cip’ telah diperkenalkan dan anda hanya perlu pandai untuk menggunakannya.

Kini, Yusuf telah mendedahkan semua rahsia belaiu yang membawa kepada kejayaannya.

Sesetengah orang, mereka menggunakan ‘Triple Captain’ untuk memberikan mata berganda tetapi Yusuf menyedari trend pad musim sebelumnya yang menyaksikan dia menyimpan triple captain itu untuk dua minggu terakhir.

“Pada bulan Mac, saya berada di kedudukan kedua dan FPL ada menyediakan video tentang 10 pengurus dengan teknik mereka,” kata Yusuf.

“Apabila mereka bercakap mengenai pasukan saya, mereka ada menyebut yang saya telah menggunakan kedua-kedua cip iaitu Wildcards dan Free Hit.

Mohamed Salah sahaja mengumpul 33 mata dan pemain simpanan memperoleh 27 mata di perlawanan ke 37 untuk Yusuf sekali gus merangkul hadiah utama.

“Saya cuba untuk tidak mengikut trend ini, saya suka lakukan perkara yang berbeza,” jelas Yusuf.

Tetapi Yusuf tidaklah selalu mendapat keputusan yang bagus dalam Fantasy Football.

Musim lepas, dia berada di kedudukan 1,030,675 di dunia, kedudukan terbawah dalam liga mini. Ekoran kekalahan itu, dia dikenakan hukuman.

“Musim lepas saya berada di bawah dan hukumannya ialah saya perlu memakai skirt isteri saya dan menyanyi untuk video,” katanya.

Di Tanzania sahaja terdapat 10,000 pengurus dan Yusuf gembira dapat mewakili negaranya dan membanggakan benuanya.

“Ia satu perkara yang unik di Tanzania, saya tidak fikir ia berlaku sebelum ini, ia adalah gila kerana semua orang meraikan, saya gembira mewakili Tanzania dan Afrika,”katanya.

Foto Kredit : GiveMeSports