Connect with:




Bila menyebut mengenai sukan permotoran, secara umumnya ramai yang akan memilih MotoGP dan Formula 1 sebagai siri paling popular dalam sukan ini. Namun begitu, sukan permotoran sebenarnya cukup luas dan tidak terhad kepada kedua-dua siri perlumbaan ini sahaja.

Salah satu perlumbaan yang menjadi tumpuan ramai adalah perlumbaan 24 jam Le Mans (Le Mans 24 Hour). Ia merupakan perlumbaan endurance paling berprestij dalam Kejuaraan Endurance Dunia (WEC). Acara ini telah bermula sejak tahun 1923 lagi di Litar de la Sarthe, Perancis.

Tahun ini, tumpuan akan terarah kepada beberapa nama besar dalam sukan permotoran seperti Juan Pablo Montoya dan Fernando Alonso. Bagi Montoya dan Alonso, mereka berdua mempunyai matlamat untuk mendapat gelaran ‘Triple Crown’ iaitu gelaran bagi mereka yang pernah memenangi perlumbaan Indianapolis 500, Grand Prix Monaco dan Le Mans 24 Hour.

Alonso dan Montoya – kedua-duanya pernah menjuarai GP Monaco dalam Formula 1 serta Indy 500. Kemenangan pada perlumbaan Le Mans 24 Hour bakal meletakkan mereka sebagai pemandu kedua merangkul gelaran ‘Triple Crown’ dalam sukan permotoran selepas Graham Hill.

Setakat ini hanya seorang sahaja pelumba yang berjaya merangkul gelaran “Triple Crown” ini iaitu Graham Hill.

Bagi peminat permotoran di Malaysia pula, edisi ke-86 ini adalah cukup istimewa dimana terdapat penyertaan dari 3 pelumba Malaysia iaitu Weiron Tan, Nabil Jeffri dan Jazeman Jaafar.

Selepas sesi latihan dan kelayakan, trio pasukan Jackie Chan DC Racing X Jota untuk meraih kedudukan ke-20 daripada 60 jentera semua kelas dan kedudukan ke-10 dalam divisyen LMP2.

Perlumbaan akan berlangsung jam 3 petang waktu tempatan (9 malam Malaysia) dan akan berakhir selepas 24 jam, Ahad ini. Anda boleh menonton secara langsung di ASTRO CH814 Eurosport.