Chef De Mission kontinjen negara, Datuk Marina Chin menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli tiket temasya Sukan SEA terlalu awal bimbang berdepan mangsa penjualan tiket haram jauh lebih mahal.

Kerisauan Marina berasas kerana pihaknya berjaya mengesan penjualan tiket haram yang dijual lebih mahal berbanding harga asal RM20.

Khususnya bagi tiket bola jaring dan final bola keranjang sudah habis dijual, dikhuatiri peminat terpaksa berdepan risiko mangsa penjualan tiket haram.

“Seharusnya perkara sedemikian tidak harus berlaku kerana Sukan SEA merupakan acara yang sangat penting buat Malaysia.

“Oleh yang demikian saya berharap supaya peminat tidak menyokong pembelian tiket haram tersebut.

“Saya menyeru kepada seua penyokong dan juga peminat Sukan SEA agar pembelian tiket dijalankan menerusi saluran yang betul dan saya tidak rasa perkara ini akan ganggu kemeriahan Sukan SEA,” katanya lagi.

Tiket untuk beberapa acara Sukan SEA boleh didapatkan secara atas talian di www.kl2017.com