Connect with:




Kerana kurang mempamerkan aksi di pentas kompetitif, Novak Djokovic tewas mengejut di kejohanan ATP Terbuka Barcelona sebaik pulih daripada kecederaan.

Dia bagaimanapun kini terpaksa memberikan tumpuan penuh bagi menghadapi Grand Slam Terbuka Perancis bulan depan.

Dalam pada itu, Djokovic pada mulanya dijangka bakal berentap dengan Rafael Nadal di suku akhir, namun nasib tidak menyebelahinya yang memaksa dia untuk menghadiahkan kemenangan kepada lawannya, Martin Klizan pusingan kedua 6-2, 1-6, 6-3 awal pagi tadi.

Dari sudut lsin, Nadal yang merupakan pemain nombor satu dunia ternyata tidak berdepan masalah besar untuk mengetepikan rakan senegaranya, Roberto Carballes Baena 6-4, 6-4.

Klizan pula di ranking ke-140 dunia bakal bertemu dengan pemain Sepanyol, Feliciano Lopez pada pusingan 16 terakhir.

“Saya kurang berkasi di pentas kompetitif dalam tempoh 12 bulan terakhir. Hal ini menyebabkan saya kurang biasa dengan situasi hari perlawanan.

“Walaupun anda berlatih dengan bersungguh-sungguh namun, apabila anda memasuki gelanggang pertandingan ia amat berbeza,” kata Djokovic kepada pemberita selepas kekalahannya.

Walapubagaimanapun, ianya bukan sesuatu yang baharu buat Djokovic.

Pada Januari lalu, bintang Serbia itu menjalani pembedahan bagi memulihkan kecderaan siku yang dihantuinya sejak dua tahun lallu sebelum kecundang di pusingan keempat Terbuka Australia.

Masalah itu seakan menjadi punca membawa kepada kemerosotan pemenang 12 Grand Slam itu yang hanya sekali mara ke pentas final kejohanan utama sejak memenangi Terbuka Perancis 2016.

Foto Kredit: LA Times