Lagi kes mengatur perlawanan! Kali ini Unit Integriti Tenis (TIU) mengenakan hukuman pergantungan seumur hidup dan denda sebanyak AS$100,000 (RM398.337) kepada seorang pemain teknis Ukraine, Dmytro Badanov atas tuduhan mengatur perlawanan.

Dalam pada itu, Badanov, 30 mengatur keputusan perlawanan pertandingan ITF Futures F23 di El Kantaoui, Tunisia pada September 2015 dan perlawanan pertandingan ITF Futures F26 di Kaherah, Mesir pada September 2016 yang ianya melanggar syarat Program Anti Rasuah Tenis.

“Hukuman penggantungan seumur hidup dilaksanakan serta merta. Hal ini bermakna Badanov dilarang daripada bertanding atau menyertai, sebarang pertandingan atau acara atau diperakui oleh organisasi sukan berkenaan,” menurut kenyataan dikeluarkan oleh TIU semalam.

Bukan itu sahaja, dia mengendalikan pertaruhan yang berkaitan dengan kes mengatur perlawanan di Tunisia dan Mesir itu yang membawa tuduhan kesalahan ke atasnya.

Sementara itu, kes tersebut di dengar di hadapan Pegawai Pendengaran Anti Rasuah Bebas, Professor Richard H McLaren dan dikemukakan oleh TIU susulan satu siasatan.

Foto Kredit: Lepszy Poznań