Connect with:




Isu mengatur perlawanan kembali menghantui arena bolasepak Malaysia apabila terbaru Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) menyiasat dakwaan kononnnya pemain mereka mengatur perlawanan ketika tewas 2-3 kepada FELCRA United.

Jurucakap Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) menegaskan bahawa pihaknya memandang serius beberapa laporan yang diterima minggu lalu.

Beliau berkata, mengikut laporan itu ada pemain Sarawak yang terbabit dalam aktiviti mengatur perlawanan yang menjadi punca kekalahan kepada FELCRA United.

“FAS menerusi Presiden, Datu Posa Majais sudah mengarahkan pengurus pasukan, Wahab Abdul Rahim mengetuai sisatan isu berkenaan.

“FAS tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang dan jika didapati dakwaan itu benar, pemain terbabit akan digantung”, katanya.

Sehubungan itu, FAS juga memohon maaf kepada penyokong Sarawak yang hadir ke Stadium Negeri bagi menyaksikan perlawanan itu.

Foto Kredit : semuanyabola(dot)com