Rafeal Nadal selaku pemain nombor 1 dunia dan Grigor Dimitrov pemain nombor tiga kejohanan terpaksa akur apabila tewas kepada lawan masing-masing di peringkat suku akhir dalam kejohanan Australia open.

Nadal tewas 6-3, 3-6, 7-6 (7/5), 2-6, 0-2 kepada pemain pilihan keenam kejohanan iaitu Marin Cilic.

Perlawanan antara Nadal dan Cilic terpaksa ditentukan dalam set penentuan untuk menempah slot ke separuh akhir, namun R.nadal gagal meneruskan perlawanan apabila beliau mengalami kecederaan menyebabkan beliau terpaksa menarik diri dan memberi kemenangan kepada lawanya.

Berlainan pula nasib dengan Grigor Dimitrov apabila gagal mencatat kemenangan keatas lawan yang bukan pilihan. Dimitrov tewas 4-6, 6-3, 3-6, 4-6 kepada Kyle Edmund yang berada di ranking ke-49 dunia.

Pemain pilihan kedua kejohanan, Roger Federer pula akan turun hari ini untuk menentang pemain ranking ke-19 dunia iaitu Tomas Berdch dan dijangka beliau tidak hadapi masalah besar untuk ke separuh akhir.

Foto Kredit : Australia Open