Connect with:




Lima daripada 11 pemain pasukan terbaik tahunan (PFA) Liga Perdana Ingggeris menjadi milik Manchester City setelah kejayaan merangkul kejuaraan liga. Manchester City menjulang gelaran EPL lebih awal setelah berjaya menewaskan Tottenham Hotspur 3-1, minggu lalu.

Pemain tengah Kevin De Bruyne dan David Silva, pertahanan Nicolas Otamendi dan Kyle Walker serta penyerang Sergio Aguero mewakili pasukan juara tersebut.

Sementara itu, penyerang berbisa Liverpool, Mohamed Salah juga tersenarai di samping penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane yang masing-masing menjaringkan 30 dan 26 gol musim ini.

Walaubagaimanapun, hanya seorang saja wakil daripada Manchester United iaitu penjaga gol, David De Gea. De Gea tersenarai dalam pasukan terbaik tahunan setelah mempamerkan persembahan cemerlang sepanjang musim ini dan membantu The Red Devils menduduki tangga kedua liga setakat ini.

Ini merupakan kali keempat penjaga gol dari Sepanyol itu tersenarai dalam anugerah PFA itu. De Gea juga mempunyai rekod tertinggi dalam ‘save percentage’,menggagalkan percubaan ke gol sebanyak 80%, iaitu ketiga tertinggi dalam lima liga teratas di Eropah (England, Perancis, Itali, Jerman dan Sepanyol).