Connect with:




Penyerang kelab Fluminese dari Brazil, Marquinho Calazans terpaksa direhatkan selama 8 bulan selepas diserang penyokong pasukan seteru, Flamengo ketika keluar bersama teman wanitanya.

Calazans yang baru sahaja baik dari kecederaan ACL pada mulanya diserang secara lisan ketika meningglkan sebuah bar di Rio de Janeiro.

Situasi bertambah buruk apabila penyokong tersebut menyerang teman wanitanya, memaksa Calazan untuk membalas serangan tersebut.

Malang menimpa Calazan yang tidak dapat menahan tumbukan sebelum dibelasah sehingga menyebabkan dia perlu menjalani pembedahan.

Pasukan perubatan Fluminense memberitahu Calazan mungkin terpaksa diketepikan sekali lagi selama 8 bulan ekoran kecederaan baru yang dihadapinya itu.

Sumber: The Sun