Connect with:




Kasih ayah sepanjang masa! Itu lah yang diterapkan beberapa pemain Denmark yang mengeluarkan sejumlah wang membayar jet persendirian buat pemain pertahanan, Jonas Knudsen supaya dapat terbang pulang ke rumah melihat anak sulungnya yang baru dilahirkan selepas kemenangan di Piala Dunia menentang Peru.

Isterinya, Trine yang berusia 25 tahun itu melahirkan seorang bayi peremupan beberapa minggu lebih awal daripada yang dijangkakan, selepas Jonas tiba di Rusia untuk kejohanan tersebut.

“Kita menilainya dari sisi seorang manusia,” kata penjaga gol, Kasper Schmeichel.

“Ramai ‘ayah’ yang bermain dalam skuad ini. Anda perlu ingat kami adalah manusia seperti yang lain dan juga peman bola sepak.

Knudsen memuat turun gambar isterinya, Trine yang memegang baju bayi Denmark di akaun Instagramnya.

“Sebagai seorang ayah, saya tidak dapat membayangkan betapa sukarnya dia (Jonas) lalui apabila menerima mesej itu tetapi dia tidak berada di sana untuk menyambutnya.

“Jadi kami melakukan apa sahaja untuknya melihat bayi comel itu.” Tambahnya.

Sementara itu, Denmark telah berjaya membenam Peru 1-0 dalam kumpulan C baru-baru ini dan bakal berdepan Australia bagi pusingan seterusnya pada esok.

Foto Kredit: Instagram Jonas Knudsen