Connect with:




Pemenang Liga Perdana Inggeris dan Piala Dunia, Ngolo Kante melakukan perkara yang menyentuh hati semua pihak apabila menghabiskan masa dirumah perminat selepas beliau terlepas kereta api untuk pulang ke Paris semalam.

Pemain antarabangsa Perancis itu mengambil keputusan demikian setelah beliau singgah ke masjid tempatan di London untuk solat dan bertemu beberapa jemaah disitu. Sebelum itu, Kante terlepas perjalanan transit kereta api Eurostar untuk pulang melawat keluarganya di Paris.

“Kante seorang yang sangat merendah diri, malah beliau sudi untuk bermain permainan video FIFA bersama kami selepas menikmati kari ayam untuk makan malam, ” kata seorang pengguna Twitter @jahrul999.

“Kami juga sempat bergurau mengajak beliau menyertai Liverpool musim depan dan beliau berkata akan memikirkan perkara itu nanti,”

Tindakan Kante ini menarik perhatian dunia bola sepak memandangkan beliau merupakan superstar dalam industri itu dengan banyak kejuaraan yang telah dikecapi.

Seorang jurucakap pasukan Chelsea telah mengesahkan perkara ini dan berkata itu merupakan sifat tipikal pemain tengah itu.