Connect with:




Bekas pemain badminton kebangsaaan, Tan Chee Tean meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di selatan Republik Czech, Jumaat lepas.

Dalam kemalangan berkenaan, Tean Tan bersama dua lagi pemain badminton Austria, Antonia Meinke dan Jenny Ertl sedang dalam perjalanan pulang dari kejohanan Terbuka Republik Czech sebelum terbabas hingga menyebabkannya maut di tempat kejadian.

Sementara itu, Antonia dan Jenny pula cedera parah dan sedang berada di bawah pemulihan.

Chee Tean, 24, bersaing dalam kejohanan di Republik Czech sebagai pemain bebas bersaing dalam kategori beregu campuran.

Salam takziah kami ucapkan buat keluarga beliau.

Foto Kredit: Badminton Association of Malaysia