Luke Bleumink dari Australia bergaya memenangi kejuaraan pertama dalam kariernya di kejohanan golf PGM Johor Master apabila melakukan pukulan satu dibawah par 71 pada hari terakhir kejohanan.

Pemain berusia 26 tahun itu berkongsi tempat pertama dengan Hirotaro Naito dari Jepun sebelum berjaya meninggalkan pemain Jepun itu untuk memenangi dengan jumlah sebanyak 281 pukulan 7 dibawah par pada kejohanan yang bernilai RM180,000 (kira-kira US$60,000) di Jelajah Pembangunan Asia.

Naito yang bergelut pada hari terakhir terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua dengan jumlah 73 pukulan hanya ketinggalan dua pukulan dibelakang juara sementara Grant Jackson dari England mendapat tempat ketiga di Country Club Johor.

“Sudah tentu saya gembira dengan kejuaraan profesional buat kali pertama dalam karier saya. Ia minggu yang baik buat saya tetapi cara permainan saya ini tidak seperti yang saya harapkan.

“Saya bermain dengan baik untuk mendahului sebelum bertahan untuk mengesahkan kejuaraan,” kata Bleumink yang menjadi permain professional sejak tahun 2010.

Bleumink bermula dengan bergaya apabila melakukan dua birdie berturut-turut sebelum melepaskan pukulan pada lubang ke 5 dan 8 tetapi beliau melakukan birdie menarik pada jarak 12kaki sekaligus mengesahkan kejuaraan menjadi miliknya.

“Itu sememangnya telah menjadi titik penentuan kepada saya yang membolehkan saya terus bersaing dalam permainan ini,“ beliau menambah.

Selepas menamatkan saingan diluar senarai 40 teratas di ‘Asia Tour Qualifying School’ pada awal tahun ini,  Bleumink berazam untuk mendapatkan 2013 tour card dengan berada di senarai tiga teratas dalam ADT order of merit sebaik sahaja tamat musim ini.

“Sasaran saya pada masa ini adalah untuk terus menang,” sambil tersenyum.

“Kemenangan ini menjadi momentum terbaik buat saya untuk menghadapi cabaran pada tahun berikutnya. Ia juga menunjukkan bahawa saya boleh bermain dengan baik walaupun berada di bawah tekanan dan pengalaman ini sangat berguna bagi meneruskan saingan pada musim ini.”

Sementara itu, Rizal Amin menjadi pemain tempatan terbaik apabila menamatkan saingan dengan berkongsi tempat keempat dengan Will Yanagisawa dari US dengan jumlah 285 pukulan keseluruhan.