Bagi seorang peluncur air, meluncur dalam ombak laut yang tinggi dan besar merupakan suatu kejayaan bagi mereka. Apetah lagi, apabila ombak itu adalah ombak yang terbesar diluncur dalam dunia, pasti ianya menjadi pencapaian rekod yang akan diingati sampai bila-bila.

Rodrigo Koxa, seorang peluncur air berasal dari Brazil. Beliau telah memecahkan rekod dunia mencipta gelombang ombak yang paling tinggi dan besar dalam dunia seterusnya meluncur dalam ombak tersebut.

Amacam? Tinggi bukan! Menurut MailOnline, Rodrigo meluncur dalam ombak setinggi 80 kaki di Nazaré di Portugal pada 8 November tahun lepas. Namun, rekodnya itu tidak disahkan sehingga malam Sabtu lepas di Anugerah Big Wave World Surf League di California.

Bayangkan, beliau terpaksa menunggu lebih kurang 10 tahun untuk menerima takhta rekod dunia selepas melakukan aksi yang membahayakan nyawa dan anggota badan.

“Saya cuba meluncur dalam ombak besar sepanjang hidup saya dan saya mempunyai pengalaman hebat pada 2014 di mana saya hampir mati di Nazaré,” kata Koxa.

“Empat bulan kemudian, saya bermimpi buruk, Jadi, saya tidak pergi dan berasa amat takut. Isteri saya membantu saya secara psikologi.

“Sekarang, saya sangat gembira dan ini adalah hari yang paling baik dalam hidup saya. Terima kasih kepada WSL, ianya suatu impian yang menjadi kenyataan.”

Selain itu, Andrew Cotton dari Britain memenangi anugerah ‘Wipeout of the Year’ selepas jatuh secara mengerikan dalam laut di Nazare, Portugal, pada hari yang sama dengan Rodrigo meluncur.

Namun, dia tidak dapat menghadirkan diri untuk mengambil anugerahnya kerana belum pulih sepenuhnya dari kejadian itu.