Connect with:




Jamie Chadwick dari pasukan Beechdean Motorsport  mencipta sejarah apabila menjadi wanita pertama yang berjaya menjejakan kaki ke podium BDRC British Formula 3 dalam perlumbaan di Litar Brand Hastch semalam.

Pelumba wanita berusia 20 tahun itu menduduki tempat pertama menewaskan pelumba pasukan Douglas Motorsport, Pavan Ravishankar dimana Jamie memulakan perlumbaan pada grid ke-4.

Ini bukan kali pertama pelumba kelahiran Bath, England itu menyerlah musim ini apabila beliau telah menduduki tempat ke-3 pada perlumbaan pembukaan musim di Litar Oulton Park.

Foto kredit : The Times